Thursday 29 March 2012



TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 

(TITAS)


TAMADUN FILIPINA

Filipina adalah sebuah negara republik di Asia Tenggara, terletak di sebelah utara Indonesia dan Malaysia. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan dan terdiri dari 7107 pulau. Sebelum orang-orang Spanyol datang pada abad ke-16, Filipina terdiri daripada kerajaan-kerajaan kecil yang bercorak animisme yang terpengaruh sedikit kultur India dan yang bercorak Islam di bahagian selatan kepulauan.
Bendera Filipina

Sepanjang masa 265 tahun, Filipina merupakan koloni Kerajaan Spanyol (1565-1821) dan selama 77 tahun berikutnya dijajah menjadi provinsi Spanyol (1821-1898). Negara ini mendapat nama Filipina setelah diperintah oleh penguasa Spanyol, Raja Philip II. Nama ini diberikan oleh penjelajah Sepanyol, Ruy Lopez de Villabolos pada mulanya hanya ditujukan kepada Pulau Leyte dan Pulau Samar sahaja, tetapi lama kelamaan nama "Las Islas Filipinas" digunakan untuk merujuk keseluruhan kepulauan tersebut. Lama sebelum itu nama yang pernah digunakan adalah "Islas del Poniente" yang bermaksud Kepulauan Di Bahagian Barat atau nama yang diberikan oleh Ferdinand Magellan, penjelajah pertama Eropah kesitu iaitu, "San Lazaro".

Setelah Perang Spanyol-Amerika pada tahun 1898, Filipina diperintah oleh Amerika Syarikat. Ia kemudian menjadi sebuah persemakmuran di bawah Amerika Syarikat sejak tahun 1935. Tempoh Persemakmuran diakhiri dengan Perang Dunia II. Filipina akhirnya memperoleh kemerdekaannya pada 4 July 1946. Tempoh masa penjajahan asing ini sangat mempengaruhi kebudayaan dan masyarakat Filipina. Negara ini juga dikenali dengan Gereja Katholik Roma yang kuat dan merupakan salah satu dari dua negara yang didominasi umat Katholik di Asia selain Timor Leste.


Lain-lain:

Sistem Pemerintahan Filipina

Peta Filipina




Provided By:
Azral Group















No comments:

Post a Comment