Sunday 25 March 2012

EKONOMI FILIPINA                        Home Page



Perkembangan Ekonomi Filipina

Filipina merupakan sebuah Negara yang sedang membangunkan. Dan dalam sebuah Negara yang sedang membanguan, sistem ekonomi merupakan factor yang sangat penting. Dalam tahun 2004, Filipina dianggap sebagai Negara yang ekonominya  ke-24 terbesar.

Sektor-sektor ekonomi Filipina yang penting ialah pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli yang ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.

Walaubagaimanapun, Filipina juga pernah mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk. Iaitu selepas keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Dalam tempoh itu, Filipina menjadi sebuah Negara yang miskin.  Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi kian lama kian lambat.

Dalam tahun 1984-1985, kemelesetan ekonomi menyebabkan ekonomi mengecut lebih daripada 10%. President Fidel V. Ramos telah memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi untuk mendorong pertumuhan perniagaan dan pelaburan asing.  Oleh itu, pemulihan ekonomi Filipina masa itu dapat dijalankan. Akan tetapi, Krisis Kewangan Asia tahun 1997 telah menjejaskan pertumbuhan ekonominya sekali lagi. Presiden seterusnya iaitu President Joseph meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos telah mencapai kemajuan yang ketara. Tetapi masalah timbual lagi dengan kegagalan Bank utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Dengan pengambilan pentadbiran oleh  Presiden Gloria Macapagal-Arroyo, ekonomi Filipina mengalami pertumbuhan yang pesat. Akan tetapi, walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan




Pengaruh Orang Cina Dalam ekonomi Filipina

Kekurangan buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat sekitar abad ke-19 telah membantu menggerakkan sektor ekonomi di Asia Tenggara. Ini disebabkan Pemerintah Sepanyol di Filipina telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.

Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industri pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang¬-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan.

Selain itu, kesan kemasukan orang Cina termasuklah melahirkan golongan Mestizo. Yang muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.

Oleh itu, Orang Cina telah memberikan kesan yang amat dalam dalam pembentukan ekonomi Filipina.


Home Page

No comments:

Post a Comment