Sunday 25 March 2012

SISTEM POLITIK FILIPINA

SISTEM POLITIK FILIPINA                                       Home Page                   




Pada abad ke-16, Filipina masih berbentuk kerajaan yang terpengaruh kultur India yang bercorak Islam.Pada tahun 1565 sampai ke tahun 1821, Filipina menjadi propinsi Spanyol. Selepas itu, Filipina telah dikuasai oleh Amerika dan menjadi sebuah persemakmuran di bawah Amerika Serikat. Selepas itu, Jepang telah menguasai Filipina pada perang dunia ke-2. Filipina menjadi Negara yang merdeka pada 4 Julai 1946.

Filipina merupakan negara kepulauan yang sistem pemerintahannya berbentuk republik. Lagipun, pemerintahan Filipina adalah mengikuti Pemerintahan Amerika Syarikat. Filipina adalah kerajaan berbentuk kesatuan berpresiden. Presiden Filipina merupakan ketua kerajaan, ketua Negara dan panglima besar bagi angkatan tentera. Presiden akan dipilih melalui undian popular pada setiap 6 tahun dan bebas untuk melantik dan mengetuai cabinet sendiri. Kongres dwidewan Filipina terdiri dari Dewan Perwakilan Filipina dan Senat. Kongres dwidewan merupakan Parlimen atau tempat yang menggubal undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai ahli dan cara pemilihannya yang tersendiri. Bagi Filipina, dua dewan yang terdiri dari Kongres dwiden adalah House of Representatives(Dewam Perwakilan Filipina) dan Senate(Senat). Anggota dua dewan yang disebut tadi dippilih oleh pemilu. Sebanyak 24 senator yang akan mentadbir dan menjabat selama 6 tahun di Senat manakala Dewan Perwakilan Filipina terdiri dari tidak lebih dari 250 anggota kongres selama 3 tahun. Kuasa kehakiman terletak di bawah Mahkamah Agung. Mahkamah Agung diketuai oleh Ketua Mahkamah Agung dan 14 Hakim Agung dan semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Kehakiman dan Peguam.

Filipina merupakan salah satu pengasas kepada PBB(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). PBB adalah pertubuhan antarabangsa berfungsi  untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, membaiki taraf hidup penduduk, dan menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa. Selain itu, Filipina juga merupakan ahli pangasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) yang berfungsi untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Filipina juga merupakan ahli kepada Kesatuan Latin, Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik(APEC), Sidang Kemuncak Asia Timur(EAS) dan G24. 






Presiden Filipina






No 
Nama
Foto
Mulai Jabatan
Akhir Jabatan
1


2

1 Ogos 1944
3

17 Ogos 1945
4

1 Ogos 1944
5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Sampai sekarang











No comments:

Post a Comment