EKONOMI FILIPINA Home Page
Perkembangan Ekonomi
Filipina
Filipina
merupakan sebuah Negara yang sedang membangunkan. Dan dalam sebuah Negara yang
sedang membanguan, sistem ekonomi merupakan factor yang sangat penting. Dalam
tahun 2004, Filipina dianggap sebagai Negara yang ekonominya ke-24 terbesar.
Sektor-sektor
ekonomi Filipina yang penting ialah pertanian dan industri, khususnya
pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti
kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar
metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina
yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli
yang ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada
simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.
Walaubagaimanapun,
Filipina juga pernah mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk. Iaitu selepas
keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah
pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Dalam tempoh itu, Filipina
menjadi sebuah Negara yang miskin. Ini
disebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi kian lama kian lambat.
Dalam
tahun 1984-1985, kemelesetan ekonomi menyebabkan ekonomi mengecut lebih
daripada 10%. President Fidel V. Ramos telah memperkenalkan berbagai-bagai
pembaharuan dan inisiatif ekonomi untuk mendorong pertumuhan perniagaan dan
pelaburan asing. Oleh itu, pemulihan
ekonomi Filipina masa itu dapat dijalankan. Akan tetapi, Krisis Kewangan Asia
tahun 1997 telah menjejaskan pertumbuhan ekonominya sekali lagi. Presiden seterusnya
iaitu President Joseph meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh
pentadbiran Ramos telah mencapai kemajuan yang ketara. Tetapi masalah timbual
lagi dengan kegagalan Bank utama pada April 2000 serta pendakwaan dan
peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001
mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan.
Dengan
pengambilan pentadbiran oleh Presiden
Gloria Macapagal-Arroyo, ekonomi Filipina mengalami pertumbuhan yang pesat.
Akan tetapi, walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina
masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan
kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah
masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan
suatu kenyataan
Pengaruh Orang Cina
Dalam ekonomi Filipina
Kekurangan
buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat sekitar abad ke-19 telah membantu menggerakkan
sektor ekonomi di Asia Tenggara. Ini disebabkan Pemerintah Sepanyol di Filipina
telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun
kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik,
ekonomi dan sosial.
Kedatangan
orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan
ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan
dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada
2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat
dalam industri pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar
kilang¬-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan
pemprosesan makanan.
Selain
itu, kesan kemasukan orang Cina termasuklah melahirkan golongan Mestizo. Yang muncul
hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk
tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa
keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka
muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang
tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai
perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.
Oleh
itu, Orang Cina telah memberikan kesan yang amat dalam dalam pembentukan
ekonomi Filipina.
Home Page