Thursday 29 March 2012



TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 

(TITAS)


TAMADUN FILIPINA

Filipina adalah sebuah negara republik di Asia Tenggara, terletak di sebelah utara Indonesia dan Malaysia. Filipina merupakan sebuah negara kepulauan dan terdiri dari 7107 pulau. Sebelum orang-orang Spanyol datang pada abad ke-16, Filipina terdiri daripada kerajaan-kerajaan kecil yang bercorak animisme yang terpengaruh sedikit kultur India dan yang bercorak Islam di bahagian selatan kepulauan.
Bendera Filipina

Sepanjang masa 265 tahun, Filipina merupakan koloni Kerajaan Spanyol (1565-1821) dan selama 77 tahun berikutnya dijajah menjadi provinsi Spanyol (1821-1898). Negara ini mendapat nama Filipina setelah diperintah oleh penguasa Spanyol, Raja Philip II. Nama ini diberikan oleh penjelajah Sepanyol, Ruy Lopez de Villabolos pada mulanya hanya ditujukan kepada Pulau Leyte dan Pulau Samar sahaja, tetapi lama kelamaan nama "Las Islas Filipinas" digunakan untuk merujuk keseluruhan kepulauan tersebut. Lama sebelum itu nama yang pernah digunakan adalah "Islas del Poniente" yang bermaksud Kepulauan Di Bahagian Barat atau nama yang diberikan oleh Ferdinand Magellan, penjelajah pertama Eropah kesitu iaitu, "San Lazaro".

Setelah Perang Spanyol-Amerika pada tahun 1898, Filipina diperintah oleh Amerika Syarikat. Ia kemudian menjadi sebuah persemakmuran di bawah Amerika Syarikat sejak tahun 1935. Tempoh Persemakmuran diakhiri dengan Perang Dunia II. Filipina akhirnya memperoleh kemerdekaannya pada 4 July 1946. Tempoh masa penjajahan asing ini sangat mempengaruhi kebudayaan dan masyarakat Filipina. Negara ini juga dikenali dengan Gereja Katholik Roma yang kuat dan merupakan salah satu dari dua negara yang didominasi umat Katholik di Asia selain Timor Leste.


Lain-lain:

Sistem Pemerintahan Filipina

Peta Filipina




Provided By:
Azral Group















Budaya Filipina

BUDAYA FILIPINA                                             Home Page



Keluarga Filipino mementingkan nilai kekeluargaan yang mempunyai ramai ibu bapa angkat. Selain itu. Perbincangan dan permuafakatan juga dititikberatkan dalam nilai Filipino. Maruah diri juga adalah motivasi untuk mereka selain daripada nilai kekeluargaan. Oleh demikian, adalah pentingnya untuk mengamalkan hubungan untuk jangka masa panjang dengan Filipino untuk mendapatkan percaya dan bantuan pada masa depan. Walaupun Filipina mempunyai pengaruh dari budaya Spain, America, Jepun, namun “Hiya” merupakan prinsip mereka dalam menjalani hidup yang diterima oleh masyarakat dan sudi mempertahankannya. 
Budaya Filipina
Mereka amat mementingkan kepercayaan dan penerimaan diri mereka dalam masyarakat. Oleh kerana itu, gurauan atau tingkah laku social yang sopan dan menghormati adalah sesuai dalam interaksi dengan Filipino. Dengan pengaruh dari Barat, unsur-unsur ketimuran juga terdapat di kalangan masyarakat Filipino. Di samping itu, Filipino juga fasih dengan Bahasa English dan mempunyai tahap pendidikan yang membolehkan Filipina dijadikan sebagai tempat hub untuk pelaburan asing yang menyumabang kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi Filipina. 


Bus Filipina


Home Page

Sunday 25 March 2012


Demografi                                          Home Page

Filipina tediri dari 7.107 pulau dengan luas total daratan diperkirakan 300.000 km². Negara ini terletak antara 116° 40' dan 126° 34' BT, dan 4° 40' dan 21° 10' LU. Dari  timur berbatasan dengan Laut Filipina, di barat dengan Laut China Selatan, dan di selatan dengan Laut Sulawesi. Pulau Borneo terletak beberapa ratus kilometer di barat daya dan Taiwan di utara. Maluku dan Sulawesi di selatan, dan di timur adalah Palau.

Menurut laporan jumlah Dana Kependudukan PBB(UNFPA), Filipina merupakan salah satu negara yang menempati posisi ke12 dalam daftar negara terpadat di dunia dengan 94,9 juta penduduk pada tahun 2011.Pada 2005, Filipina juga berada di urutan ke12 di dunia dalam jumlah penduduk dengan jumlah 86,2juta penduduk.

Dalam bukunya yang berjudul Islam Sebagai Kekuatan International, Dr. Hamid mencantumkan bahwa Islam di Filipina merupakan salah satu kelompok minoritas diantara negara yang lain. Dari statsitk demografi pada tahun 1977, masyarakat Filipina berjumlah 44300,000 orang manakala jumlah masyarakat Muslim hanya 2348,000 orang. 

EKONOMI FILIPINA                        Home Page



Perkembangan Ekonomi Filipina

Filipina merupakan sebuah Negara yang sedang membangunkan. Dan dalam sebuah Negara yang sedang membanguan, sistem ekonomi merupakan factor yang sangat penting. Dalam tahun 2004, Filipina dianggap sebagai Negara yang ekonominya  ke-24 terbesar.

Sektor-sektor ekonomi Filipina yang penting ialah pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli yang ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.

Walaubagaimanapun, Filipina juga pernah mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk. Iaitu selepas keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Dalam tempoh itu, Filipina menjadi sebuah Negara yang miskin.  Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi kian lama kian lambat.

Dalam tahun 1984-1985, kemelesetan ekonomi menyebabkan ekonomi mengecut lebih daripada 10%. President Fidel V. Ramos telah memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi untuk mendorong pertumuhan perniagaan dan pelaburan asing.  Oleh itu, pemulihan ekonomi Filipina masa itu dapat dijalankan. Akan tetapi, Krisis Kewangan Asia tahun 1997 telah menjejaskan pertumbuhan ekonominya sekali lagi. Presiden seterusnya iaitu President Joseph meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos telah mencapai kemajuan yang ketara. Tetapi masalah timbual lagi dengan kegagalan Bank utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Dengan pengambilan pentadbiran oleh  Presiden Gloria Macapagal-Arroyo, ekonomi Filipina mengalami pertumbuhan yang pesat. Akan tetapi, walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan




Pengaruh Orang Cina Dalam ekonomi Filipina

Kekurangan buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat sekitar abad ke-19 telah membantu menggerakkan sektor ekonomi di Asia Tenggara. Ini disebabkan Pemerintah Sepanyol di Filipina telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.

Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industri pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang¬-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan.

Selain itu, kesan kemasukan orang Cina termasuklah melahirkan golongan Mestizo. Yang muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.

Oleh itu, Orang Cina telah memberikan kesan yang amat dalam dalam pembentukan ekonomi Filipina.


Home Page

SISTEM POLITIK FILIPINA

SISTEM POLITIK FILIPINA                                       Home Page                   




Pada abad ke-16, Filipina masih berbentuk kerajaan yang terpengaruh kultur India yang bercorak Islam.Pada tahun 1565 sampai ke tahun 1821, Filipina menjadi propinsi Spanyol. Selepas itu, Filipina telah dikuasai oleh Amerika dan menjadi sebuah persemakmuran di bawah Amerika Serikat. Selepas itu, Jepang telah menguasai Filipina pada perang dunia ke-2. Filipina menjadi Negara yang merdeka pada 4 Julai 1946.

Filipina merupakan negara kepulauan yang sistem pemerintahannya berbentuk republik. Lagipun, pemerintahan Filipina adalah mengikuti Pemerintahan Amerika Syarikat. Filipina adalah kerajaan berbentuk kesatuan berpresiden. Presiden Filipina merupakan ketua kerajaan, ketua Negara dan panglima besar bagi angkatan tentera. Presiden akan dipilih melalui undian popular pada setiap 6 tahun dan bebas untuk melantik dan mengetuai cabinet sendiri. Kongres dwidewan Filipina terdiri dari Dewan Perwakilan Filipina dan Senat. Kongres dwidewan merupakan Parlimen atau tempat yang menggubal undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai ahli dan cara pemilihannya yang tersendiri. Bagi Filipina, dua dewan yang terdiri dari Kongres dwiden adalah House of Representatives(Dewam Perwakilan Filipina) dan Senate(Senat). Anggota dua dewan yang disebut tadi dippilih oleh pemilu. Sebanyak 24 senator yang akan mentadbir dan menjabat selama 6 tahun di Senat manakala Dewan Perwakilan Filipina terdiri dari tidak lebih dari 250 anggota kongres selama 3 tahun. Kuasa kehakiman terletak di bawah Mahkamah Agung. Mahkamah Agung diketuai oleh Ketua Mahkamah Agung dan 14 Hakim Agung dan semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Kehakiman dan Peguam.

Filipina merupakan salah satu pengasas kepada PBB(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). PBB adalah pertubuhan antarabangsa berfungsi  untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, membaiki taraf hidup penduduk, dan menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa. Selain itu, Filipina juga merupakan ahli pangasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) yang berfungsi untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Filipina juga merupakan ahli kepada Kesatuan Latin, Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik(APEC), Sidang Kemuncak Asia Timur(EAS) dan G24. 






Presiden Filipina






No 
Nama
Foto
Mulai Jabatan
Akhir Jabatan
1


2

1 Ogos 1944
3

17 Ogos 1945
4

1 Ogos 1944
5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Sampai sekarang